Saya percaya semua orang pasti mahukan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri tanpa sebarang noda. Kulit wajah merupakan aset kepada setiap orang kerana apabila wajah kita sempurna, kita akan tampil yakin dan positif di hadapan orang lain. Tetapi adakah kita tahu dan faham tentang bagaimana cara atau tips penjagaan wajah yang betul? Penjagaan dalaman mahupon luaran adalah penting demi memastikan kulit wajah kita sihat. Melalui pemakanan vitamin Set Kecantikan Shaklee kita secara tidak langsung akan menjaga kulit wajah dari dalam. Entry kali ini saya akan kongsikan tips penjagaan wajah dari aspek luaran pula.
7 TIPS PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL DAN BERKESAN
1. Basuh muka sebelum tidur dan selepas bangun daripada tidur
Muka kita sentiasa terdedah pada debu dan kotoran dalam kehidupan kita seharian. Oleh itu, sebelum tidur sebaik-baiknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut bagi mengelakkan timbulnya jerawat. Manakala selepas bangun daripada tidur, kita hendaklah mencuci muka untuk mengelakkan sel-sel kulit mati atau bakteria yang mungkin terkumpul pada bantal atau tilam melakat pada wajah anda.
2. Gunakan produk kecantikan wajah yang bebas bahan kimia
Produk kecantikan wajah di pasaran kebiasaannya mempunyai kandungan bahan kimia. Adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan produk kecantikan wajah yang natural, semula jadi dan bebas bahan kimia kerana lebih selamat dipakai oleh kulit kita. Contoh produk kecantikan yang bebas kimia ialah Youth Skincare.
3. Kurangkan penggunaan alat solek
Penggunaan alat solek yang kerap pada kulit wajah boleh menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat dan menyebabkan jerawat muncul. Sebaik-baiknya gunakan alat solek yang tidak terlalu tebal dan nipis.
4. Minum air kosong secukupnya
Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dapat membantu melembapkan kulit wajah dan menyingkirkan toksin dalam badan. Toksin yang tinggi ialah punca terjadinya jerawat dan jeragat. Oleh itu, pastikan kita minum air secukupnya setiap hari.
5. Jaga pemakanan dan banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuaran
Kurangkan makanan yang berminyak, pedas dan berlemak kerana boleh menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat. Gantikan dengan makanan yang dikukus atau dipanggang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sememangnya bagus untuk kesihatan kulit.
6. Kurangkan berjemur di bawah terik matahari
Elakkan kulit daripada tededah dengan cahaya matahari ketika panas terik. Sinaran matahari yang terkena kulit boleh merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Cahaya matahari yang baik dan menyumbang vitamin pada kulit adalah sekitar 7-8 pagi sahaja.

7. Kurangkan menyentuh muka dengan tangan
Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria tau kuman. Pastikan kita mencuci tangan denagna air atau hand sanitizer sebelum menyetuh muka. Menyentuh muka dengan tangan boleh menyebabkan keradangan pada kult muka dan jerawat.
................................................................................................................................................................

Doa Ketika Bercemin |
No comments:
Post a Comment