Pages

19 Feb 2018

Cara Hilangkan Parut Jerawat dengan Cepat dan Mudah

Sebut je tentang jerawat pastinya semua orang tidak suka. Bertambah stress kalau jerawat tadi meninggalkan parut yang sukar hilang. Lebih parah lagi kalau jerawat atau parutnya muncul pada masa-masa genting seperti majlis pernikahan atau dinner anniversary. Walaupon cuma sebutir dua, tetap ada rasa nak sorokkan muka dan malu untuk berjumpa dengan keluarga mahupon kenalan. Tetapi apakan daya, kita semua perlu keluar rumah untuk mencari ilmu, bekerja dan menjalani kehidupan seharian. Tetapi adakah cara untuk hilangkan parut jerawat ini dengan cepat dan berkesan?
Cara Hilangkan Parut Jerawat dengan Cepat dan Mudah

1. Aloe Vera atau Lidah Buaya
Aloe Vera atau lidah buaya kaya dengan vitamin semula jadi yang bagus untuk melembapkan kulit dan dapat membantu menghilangkan parut secara beransur-ansur. Daun lidah buaya mudah didapati dan senang untuk dipakai. Caranya dengan menyapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.


2. Bedak sejuk

Bedak sejuk terkenal sebagai cara tradisonal untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk dikatakan dapat menyerap minyak dan menyejukkan muka. Caranya mudah sahaja hanya melumatkan bedak sejuk dan campurkan ke dalam air sejuk. Buat pekat-pekat dan lumurkan pada sekit kulit muka. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya.

3. Buah Tomoto
Buah tomoto juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat kerana ianya mudah didapati. Caranya ialah dengan mengisar atau melenyekkan buah tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pada wajah selama 15-20 minit. Kemudian, bilas sehingga bersih.

4. Madu asli

Kita sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Petua untuk menghilangkan parut jerawat ini haruslah menggunakan madu lebah yang asli dan bukanlah madu yang diproses seperti di pasaran.Caranya adalah dengan mengambil sedikkit sahaja madu asli dan sapukan pada kulit muka. Buat urutan dan biarkan sahaja tanpa bilasan. 

Awas: Madu liar ini panas. Sebaiknya ambil sedikit sahaja untuk disapaukan pada muka.

5. Timun
Timun bagus untuk kulit wajah kerana mempunyai kandungan air yang tinggi dan vitamin A, C dan magnesium. Cara mudah untuk menghilangkan parut ialah dengan mengambil hirisan timun segar dan tepekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas menggunakan air sejuk. Amalkan setiap hari inshaAllah hasilnya pasti mengujakan.

6. Baking Soda
'Baking soda' atau dikenali sebagai soda penaik bukan sahaja digunakan untuk membuat kek tetapi bagus juga untuk menghilangkan parut jerawat. Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat meudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

Caranya, campurkan 2-3 sudu teh soda penaik dnegan air suam. Kemudian, sapukan pes ini pada parut jerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

6. Vitamin E
Yang ni paling mudah. Semua sedia maklum bahawa vitamin E merupakan vitamin penjaga kulit. Vitamin E shaklee bukan sahaja bagus untuk menghilangkan parut jerawat tetapi mempunyai banyak lagi kebaikan. Caramya mudah hanya ambil 1 biji vitamin E shaklee dan telan bersama-sama air mineral. Anda akan mendapat kesan yang menakjubkan jika mengamalkan vitamin E secara berterusan.

Paling penting, hentikan tabiat memegang, memicit jerawat atau menggopek kesan luka jerawat kerana akan menimbulkan parut yang lebih teruk. Pastikan anda selalu mencuci muka dengan air bersih dan elakkan produk-produk kecatikan yang terlalu kerap. Gunakan lah produk yang dijamin selamat, semula jadi dan berkesan untuk wajah anda. Amalkan tips penjagaan wajah yang betul.

Jika anda ingin mencuba vitamin E seperti yang saya syorkan seperti di atas jangan segan silu untuk menghubungi saya sekarang. Konsultasi terbaik dan cara penggunaan produk yang bersesuaian akan saya kongsikan dengan anda yang mendapatkan produk Shaklee daripada saya.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO: 1242907
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
FB: CT LAILA

FB PAGE: PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
IG: ct.laila_shakleerawang

COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Rawang © . Designed by MaisarahSidi.com