Pages

9 Jan 2018

Punca Kebas-Kebas Tangan dan Kaki Serta Cara Merawatnya


Pernahkah di antara anda mengalami kebas-kebas  tangan dan kaki sehingga sukar untuk menggenggam? Ramai yang mengalami simptom kebas-kebas tangan dan kaki ini merasakan adakalanya seperti dicucuk jarum. Asalnya seperti semut-semut tetapi lama-kelamaan semakin sakit hingga tidak mampu untuk membuat kerja hatta menulis sekali pon. Kerja-kerja harian semakin lama dirasakan semakin sukar untuk dilakukan. Apakah punca terjadinya masalah kebas-kebas tangan dan kaki ini? Dan adakah cara untuk merawatnya?

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan deria rasa (sensation). Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.


Punca Kebas-Kebas Tangan dan Kaki


1. Masalah urat saraf

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan atau pon pernah terjatuh
  • Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan)
  • Kerosakan urat saraf akibat dari bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan merokok
2. Gangguan pada salur darah
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang dan jarang bersenam akan menyebabkan penyempitan saluran darah
  • Salur darah yang sempit akan menyebabkan seseorang berasa kebas, sejuk atau sakit pada hujung kaki
  • Keadaan ini sering terjadi pada pesakit diabetis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan strok
3. Lain-lain
  • Kesan sampingan ubat, contohnya ubat dari penyakit tuberculosis (Tibi).
  • Kekurangan vitamin  B12 dalam tubuh badan
  • Kekurangan darah, kekurangan kalsium dalam badan, berat badan berlebihan atau wanita yang sedang putus haid

Cara Merawat Kebas-Kebas Tangan dan Kaki


Keadaan seperti duduk bersimpuh yang terlalu lama akan menyebabkan kaki berasa kebas, begitu juga tidur yang beralaskan tangan akan menyebabkan tangan menjadi kebas. Kebas-kebas itu terjadi disebabkan urat saraf kita terganggu sehingga membuatkan aliran darah menjadi sempit. Sekiranya keadaan ini berlaku, anda jangan terlalu risau kerana kebas-kabeas tangan dan kaki ini akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Lakukan aktiviti regangan dan gerakkan anggota badan yang terlibat secara perlahan-lahan untuk melegakan rasa kebas yang dialami. 

Awas, segera berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom yang berikut:
  1. Rasa kebas yang kerap berlaku dan berulang-ulang
  2. Kebas melibatkan kedua-dua bahangian badan tangan dan kaki
  3. Kebas terjadi apabila melakukan aktiviti tertentu
  4. Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan
  5. Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk
  6. Rasa kebas apabila anda mengalami kemalangan melibatkan kepala
  7. Lemah anggota badan, susah bertutur, sakit kepala secara tiba-tiba diiringi rasa kebas

Sekiranya anda mengalami simptom seperti diatas, segerlah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Rasa kebas-kebas yang teruk akan menyebabkan anda menjadi tidak selesa dan sukar untuk membuat rutin harian. Kebiasaannya, doktor akan meminta sejarah perubatan lengkap diri anda dan memberikan ubat-ubatan atau menyarankan pembedahan kecil di ligamen carpal (pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan yang dialami.


Cadangan Supplemen Untuk Masalah Kebas-Kebas Tangan dan Kaki


1. Omega Guard - Sejenis minyak ikan yang berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Bagus untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal.

2. Ostemetrix - Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas serta melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.

3. BComplex - Kebas pada anggota badan merupakan tanda kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin BComplex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin termasuk vitamin B12. BComplex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap.



TESTIMONI PENGGUNA
********************************************************************************************



[MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]

Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin. Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata. Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi. Rasa semut-semut tu tidak pernah mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor. 



Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak kedua Lin lebih kurang 4 bulan. Setiap kali bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak, jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok. Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat rasa macam ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur. Bayangkan sakitnya boleh buat Lin terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit. Semakin hari semakin sakit. 

Sakitnya bukan setakat tu je, Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan. Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa. Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain. Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.

Lin ada juga pergi mengurut, rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga. Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan pergi ke HKL buat pemeriksaan. Ujian darah, xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik. Mula-mula doktor jangkakan lin ada masalah rheumatoid arthritis atau carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya. Doktor kata saraf lin mengeras dan melekat antara satu sama lain. Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit. 

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni, dia cadangkan supplement shaklee. Dia cadangkan lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX. Demi untuk sihat lin keluarkan belanja sendiri beli supplement tu, lagipun B Complex shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital. Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau vitamin B hospital. 

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah tangan Lin sekarang boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang. Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali. 

Bagi anda yang ada masalah semut-semut atau kebas-kebas boleh usaha dengan mengamalkan pengambilan B complex dan Ostematrix. Dari penjelasan doktor masalah yang Lin hadapi berpunca dari masalah semut-semut yang dipandang ringan.

********************************************************************************************

Pengambilan supplemen di atas bukanlah untuk merawat tetapi lebih kepada mencukupkan nutrisi dalam badan kita supaya berada dalam tahap optima. Apabila cukup nutrisi dalam badan, maka kita akan sentiasa rasa sihat dan bebas dari sebarang jenis masalah kesihatan / penyakit. Jika anda atau kenalan anda diserang kebas-kebas tangan dan kaki dan ingin berikhtiar dengan supplemen shaklee boleh terus menghubungi saya dengan segera. Saya akan memberikan konsultasi percuma dan terbaik kepada setiap pelanggan saya, inshaAllah.



SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO: 1242907
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
FB: CT LAILA
FB PAGE: PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
IG: ct.laila_shakleerawang

COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA

2 comments:

Pengedar Shaklee Rawang © . Designed by MaisarahSidi.com