Penyakit Tibi masih disenaraikan dalam carta ke-10 punca kematian penyakit di Malaysia. Penyakit Tibi yang juga dikenali sebagai batuk kering disebarkan melalui udara apabila pesakit ini dilanda batuk aktif. Boleh dikatakan semua organ dalam badan boleh dijangkiti penyakit Tibi dan yang paling utama ialah paru-paru. Selain batuk, apakah tanda-tanda sakit Tibi yang perlu kita ambil perhatian? Adakah penting untuk kita mengetahui tanda-tanda sakit Tibi ini? Ya, sangat penting agar rawatan awal dapat diambil untuk mengelakkan kita mahu pon yang tersayang dilanda komplikasi buruk kemudian hari.
Tanda-tanda Sakit Tibi
- Batuk lebih daripada 2 minggu
- Muntah atau kahak berdarah
- Demam berpanjangan
- Berpeluh pada waktu malam
- Kurang selera makan
- Pengurangan berat badan yang mendadak
- Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
- Penat, letih dan lesu
Cara Mencegah Sakit Tibi
- Sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu atau salah satu dari tanda-tanda sakit tibi di atas, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera
- Asingkan bilik tidur, tidak berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Pesakit dinasihatkan agar tidak menyentuh orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan
- Dapatkan suntikan BCG
- Galakkan kemasukan cahaya matahari ke dalam rumah dengan sebanyaknya kerana ia boleh membunuh kuman Tibi yang terapung-apung di udara
- Sentiasa membuka pintu dan tingkap rumah bagi mendapatkan pengudaraan yang sempurna
- Amalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang serta tingkatkan sistem imun badan secara semula jadi
Ikhtiar Penyakit Tibi Dengan Vitamin Semula Jadi
1-Vivix
- Antioksidan yang kaya dengan resveraterol dan polifenol yang boleh membantu meredakan keradangan yang biasa terjadi kepada paru-paru
- Membantu melegakan ruang pernafasan
- Resveraterol terbukti secara klinikal mampu mengurangkan pertumbuhan sel umor paru-paru
- Vivix bertindak memperbaiki kesihatan pada tahap sel dan DNA
2- Nutrifieron
- Membantu menguatkan sistem imun tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semula jadi dalam badan manusia
- Interferon mampu merangsang dan meningkatkan daya keseluruhan sistem imun badan
- Pengambilan interferon dapat membantu mengurangkan simptom alergi
3- Garlic Complex
- Bertindak sebabgai antibiotik semula jadi yang membantu melawan jangkitan penyakit
4- Omega Guard
- Omega 3 yang terkandung di dalma omega berfungsi untuk meredakan keradangan yang berlaku pada salur pernafasan
- Membantu mengurangkan serangan asma dan membersihkan salur pernafasan
- Membantu kesihatan jantung dan saraf
Semoga info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapat maklumat tentang penyakit Tibi. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas jangan berlengah lagi untuk membuat pemeriksaan doktor. Jika memerlukan vitamin tambahan dan konsultasi mengenai penyakit Tibi, boleh hubungi saya segera.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO: 1242907
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
FB: CT LAILA
FB PAGE: PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
IG: ct.laila_shakleerawang
COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA
IG: ct.laila_shakleerawang
COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA
bahaya penyakit tibi ni. good info
ReplyDelete