Pages

15 Jan 2018

8 Petua Hilangkan Resdung Dengan Cepat

Resdung atau sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana berlakunya keradangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman/bakteria.  Penyakit resdung boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur.  Tetapi rawatan kecemasan harus diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami resdung untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Kerap bersin pada waktu pagi, batuk dan selesema berpanjangan, demam, sakit kepala, dengkuran yang kronik dan mempunyai jerawat pada badan merupakan tanda-tanda penyakit resdung. Cuba anda teliti diri anda, ada atau tidak simptom2 yang dinyatakan terjadi pada diri anda? Jika ada, anda mungkin salah seorang pesakit resdung. Rawat segera sebelum terlambat! Penyakit resdung yang tidak dirawat adalah sangat bahaya dan boleh mengundang maut. 


CUBA CARA INI!!!!!!!!!!!!!!!!! 8 Petua Hilangkan Resdung Dengan Cepat

1. Hidrasi

Minum banyak air mineral. Cecair ini akan membantu mendorong lendir untuk keluar. Elakkan minum minuman yang manis, beralkohol, kafein dan jangan merokok. Sekiranya anda berdegil, is boleh menyebabkan lendir semakin menebal Dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.


2. Sedut Wap Air Panas

Cara kedua untuk menghilangkan resdung ialah dengan sedut wap air panas. Bagaimana??

Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda lau campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm dari atas air dan sedut wap tersebut. Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala anda dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan ialah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air yang telah dipanaskan. Perlulah dipastikan air yang digunakan tidak terlalu panas, memadai suam-suam sahaja. Cara ini dapat membantu ,engeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan sekitar kawasan hidung.

4. Lidah Buaya

Petua seterusnya untuk merawat penyakit resdung ialah dengan menggunakan daun lidah buaya kerana is mengandungi sifat antiseptik. Caranya sangat mudah, hanya dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan air lidah buaya.

5. Limau Nipis dan Air Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 biji limau nipis dan 10 helau daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Kemudian, perah limau nipis sehingga menghasiklan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. 

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah warna kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air sahaja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air campuran tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dnegan air biasa.

AMARAN!! Cara ini tidak sesuai untuk dilakukan pada kanak-kanak. Ini kerana akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu mengikut tahap resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang keraguan.

6. Kunyit atau Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat resdung. Kesan lain dari halia adalah menenangkan perut anda.

7. Cuka Epal dan Madu

Petua menghilangkan resdung yang seterusnya ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh hangat. Tambah limau dan madu secukupnya, boleh diamalkan minum tiga kali sehari.


8. Set Resdung Shaklee

Set Resdung Shaklee dijamin semula jadi, bebas dadah dan khas untuk mengatasi masalah resdung. Kesannya akan lebih dirasai jika anda mengamalkannya secara konsisten.



Alfafa Complex
  • Berfungsi mengurangkan paras keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Kaya dengan sumber klorofil yang dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alahan, gegata dan resdung.
  • Perlu diingat, pesakit SLE tidak digalakkan mengambil alfafa sebagai supplemen
B Complex
  • Ramuan B6 dalam B Complex penting untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu menghasilkan antibodi tubuh
  • Berfungsi sebagai anti stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menstabil hormon supaya lebih tenang bagi mengurangkan sakit di bahagian muka
Vitamin C
  • Berfungsi sebgai antioksida yang hebat dalam mengoptimumkan antibodi dan imuniti dalam menyerap serangan resdung
  • Mempercepat proses penyembuhan
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharaan dan proses metabolisme dalam tubuh berperanan dengan sempurna dan unggul.
Omega Guard
  • Omega 3 yang terkandung di dalam omega berfungsi untuk meredakan keradangan yang berlaku pada salur pernafasan
  • Membantu mengurangkan serangan asma dan membersihkan salur pernafasan
  • Membantu kesihatan jantung dan saraf

Jika anda atau kenalan anda diserang penyakit resdung ingin berikhtiar dengan supplemen shaklee boleh terus menghubungi saya dengan segera. Saya akan memberikan konsultasi percuma dan terbaik kepada setiap pelanggan saya, inshaAllah.


SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO: 1242907
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
FB: CT LAILA
FB PAGE: PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
IG: ct.laila_shakleerawang

COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Rawang © . Designed by MaisarahSidi.com