Pages

1 Feb 2018

Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil

Saya juga mempunyai pengalaman Anemia ketika hamil anak pertama dan kedua. Pelbagai usaha telah saya dan suami lakukan termasuklah makan kerang, hati ayam, buah-buahan yang kaya vitamin C seperti jambu batu dan delima tetapi hasilnya tetap sama. Sehinggalah saya bertemu dengan vitamin Shaklee yang banyak membantu proses kehamilan saya.

APA ITU ANEMIA?
Anemia ialah keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Sel darah merah amat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Apabila sel darah merah berkurang, maka oksigen dalam badan turut berkurang. Anemia selalu dikaitkan dengan kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu.

Zat besi (Iron) merupakan elemen penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (HB) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. 

Apabila oksigen dalam badan berkurang, karbon dioksida jadi meningkat. Jantung akan mendapat isyarat bahawa darah merah berkurang dan akan mengepam lebih laju. Tetapi lama-kelamaan jantung akan menjadi letih dan mengurangkan pengegepaman maka tekanan darah akan menurun. Jika dibiarkan, jantung jadi gagal mengepam atau heart failure yang boleh membawa kepada pengsan atau kematian.


SIMPTOM ANEMIA?
  1. Wajah kelihatan pucat
  2. Cepat letih daripada biasa
  3. Sesak nafas
  4. Sering sakit kepala
  5. Denyutan jantung yang pantas
  6. Kuku menjadi rapuh dan senang patah

RISIKO ANEMIA
Sekiranya ibu hamil mengambil mudah anemia dan tidak bertindak untuk meningkatkan Hb ketika hamil, anda mungkin berisiko untuk:
  • Saiz bayi menjadi kecil kerana tidak mendapat nutrisi secukupnya
  • Bayi lahir pramatang atau tidak cukup bulan
  • Bayi kelemasan kerana kekurangan oksigen lalu keguguran
  • Bayi lahir tidak cukup sifat/organ
  • Ibu berisiko untuk tumpah darah ketika bersalin
  • Ibu terpaksa menerima darah (blood tranfusion) dari sumber lain ketika proses bersalin
Adalah penting untuk ibu hamil mengekalkan tahap hemoglobin (HB) pada paras 11gm/dl dan ke atas untuk mengelakkan risiko anemia.

VITALEA
Sejenis multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral untuk keperluan nutrisi badan. Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.

VITAMIN C
Penyerapan zat besi dan B12 adalah lebih optimum dan berkesan jika digabungkan bersama Vitamin C. Selain itu, Vitamin C membantu meningkatkan sistem pertahanan dan imun badan ibu.

B COMPLEX
Mengandungi kandungan asid folik dan vitamin B12 yang bagus untuk mengawal tekanan dan peredaran darah dalam badan.




HB yang rendah adalah bahaya dan boleh memberi kesan yang buruk kepada ibu dan bayi dalam kandungan jika tidak diberi rawatan yang sepatutnya. Perkembangan bayi pada masa hadapan bergantung pada tindakna kita hari ini. Semoga ibu hamil di luar sana sentiasa diberi kemudahan sehingga proses kelahiran kelak. Untuk info dan order SET HB LOW boleh hubungi saya seperti butiran dibawah.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO: 1242907
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
FB: CT LAILA

FB PAGE: PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
IG: ct.laila_shakleerawang

COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA




No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Rawang © . Designed by MaisarahSidi.com