Pages

11 Aug 2018

Tanda-Tanda Sakit Gout, Puncanya dan Cara Pencegahan

Salam jumaat dan selamat petang semua. Laila doakan semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka. Okay entry kali ini Laila ingin kongsikan dengan anda semua tentang apakah yang dimaksudkan dengan penyakit gout, punca dan tanda-tanda penyakit gout serta cara pencegahan yang paling selamat dan berkesan.

Apa itu penyakit Gout?
Gout ialah salah satu bentik artritis (radang sendi), terjadi disebabkan oleh masalah asid urik yang tinggi di dalam badan. Kebiasaan pesakit gout akan mengalami kesakitan yang amat sangat dan hilang upaya untuk bergerak.


Punca penyakit Gout?
Asid urid di dalam badan sepatutnya disingkirkan melalui agen perkumuhan badan iaitu air kencing tetapi tidak dapat disingkirkan lalu menyebabkan ianya berkumpul dalam bentuk kristal seperti jarum. Kristal asid urik ini menyebabkan bahagian kaki berasa sakit, bengkak dan panas apabila jarum tadi mula menyucuk-nyucuk bahagian tisu dan sendi yang lembut.

Kebanyakan kes gout akan mula menyerang bahagian ibu jari kaki dan beberapa bahagian sendi seperti buku lali, tumit kaki mahupon siku pesakit. Asid urik yang berlebihan terjadi apabila:
  • Hati menghasilkan asid urik tinggi daripada makanan yang tinggi purine (makanan laut, organ dalaman, makanan proses).
  • Organ perkumuhan seperti buah pinggang dan usus besar tidak mampu membuang lebihan asid urik.

Tanda-Tanda penyakit Gout?
Antara simptom-simptom bagi mereka yang mempunyai penyakit gout adalah:
  1. Rasa sakit, panas dan bengkak pada bahagian ibu jari kaki. Kesakitan ini selalu berlaku pada waktu malam dan akan menjadi teruk dengan cepat selama beberapa jam.
  2. Kulit di sekeliling kaki berwarna kemerah-merahan atau kebiruan-biruan seolah-olah terkena jangkitan.
  3. Pergerakan terhad pada sendi yang terlibat.
  4. Kerap buang air dengan dengan kuantiti yang banyak daripada biasa.
  5. Alahan pada cuaca sejuk.

Pencegahan penyakit Gout
Memang sakit sangat bagi mereka yang ada penyakit gout ni. Mereka juga terpaksa berpantang makan terutamanya makanan laut dan terpaksa menahan kesakitan setiap malam. Jadi, adakah cara untuk mencegah atau mengurangkan penderitaan pesakit gout ini? Okay Laila akan kongsikan beberapa cara pencegahan yang mungkin dapt membantu untuk mengurangkan sakit gout.

  1. Elakkan pengambilan alkohol dan banyakkan minum air kosong. Air kosong membantu mengeluarkan asid urin dari dalam badan manakala alkohol dapat meningkatkan asid urin dalam darah.
  2. Elakkan makan makanan laut, daging merah dan juga makanan berproses serta makanan yang tinggi purina.
  3. Selalu bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat. Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, cuba untuk kurangkan berat badan anda secara sihat.
  4. Pengambilan supplemen tambahan yang dapat meningkatkan nutrisi badan anda.

Vivix - Kandungan Quercetin dalam salah satu ramuan Vivix iaitu Elderberry membantu untuk menyekat xanthine oxidase (sejenis enxim yang menjadi pemangkin penghasilan asid urik dalam darah). Selain itu kandungan resveratrol dalam Vivix juga bertindak untuk membina tisu-tisu yang rosak disebabkan pembentukan kristal.

Alfafa - Bertindak untuk meneutral badan dengan memberi kesan alkali dalam badan agar mudah untuk mencairkan asid urik.

BCompleks - Mengandungi asid folik untuk mengelakkan anemia (kekurangan darah merah) dan mempunyai B12 untuk mengekalkan metabolisme asid urik dalam badan.

Vitamin C - Bertindak untuk mengurangkan kesan tindakbalas enzim xanthine oxidase.

Omega Guard - Penting untuk mengurangkan keradangan atau inflamasi yang disebabkan oleh gout. Membantu untuk menghalang penghasilan cytokins iaitu TNF-Alpha.

GLA - Mengandungi Omega 6 yang juga berfungsi sebagai anti keradangan.

Ostemetrix - Mengandungi kalsium, magnesium, copper dan boron iaitu mineral yang diperlukan untuk mengelakkan kerosakan tulang.

Performance Drink - Bertindak untuk memastikan cecair dalam badan sentiasa mencukupi bagi pesakit gout.

Setiap vitamin mempunyai peranan masing-masing untuk membantu menurunkan bacaan asid urik sekaligus mengelakkan pembentukan kristal.


Testimonial penyakit Gout




Jangan dibiarkan sakit Gout anda melarat. Hubungi Laila segera seperti di bawah!


SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO: 1242907
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
FB: CT LAILA

COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Rawang © . Designed by MaisarahSidi.com