Adakah anda seorang pesakit Slip Disc? Baru-baru ini saya telah mendapat pertanyaan dari seorang customer yang ingin mencari alternatif bagi mengurangkan sakit slip disc yang dialaminya. Beliau mengatakan sakit slip disc yang dialami telah membuatkan beliau sering tidak dapat tidur malam dan ingin segera mencari penawar untuk merawat sakit slip disc tersebut tanpa melalui kaedah pembedahan. Mungkin ada di antara kita yang kurang pasti apakah yang dimaksudkan dengan slip disc dan juga tanda- tandanya. Semoga perkongsian harini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
APAKAH SLIP DISC
'Slip Disc' atau cakera tergelincir ialah suatu keadaan apabila cakera yang terletak di antara tulang belakang kita telah tergelincir dari tempatnya. Cakera tulang belakang merujuk kepada bahagian pelapik serap-hentak antara vertebra tulang belakang. Cakera rawan dan tisu mengalami kebocoran(hernia) dan kandunganya seperti gel akan meleleh ke kawasan tisu sekitarnya. Seterusnya menyebabkan pertindihan saraf tujang atau saraf lain yang berdekatan, menyebabkan terjadinya gejala slip disc.
TANDA-TANDA SLIP DISC
Slipped dics boleh mengakibatkan rasa sakit pada satu atau lebih anggota badan. Terdapat juga segelintir individu yang tidak mengalami sebarang tanda-tanda akibat slipped disc terutamanya jika disc tidak menekan pada mana-mana bahagian saraf.
Namun demikian, antara tanda-tanda yang biasa dialami individu dengan slipped disc :
●rasa kebas - berlaku di bahagian badan yang sarafnya terjejas
●lemah otot - bahagian otot yang dibekalkan oleh saraf yang terjejas itu boleh menjadi lemah, menyebabkan kesukaran ketika berjalan.
●rasa sakit - slipped disc yang berlaku di bahagian bawah belakang, kesakitan biasanya di bahagian punggung, paha, betis dan, mungkin, kaki; ini sering dirujuk sebagai sciatica kerana kesakitan dirasai di sepanjang saraf sciatic. Jika masalah slipped disc terletak di leher, sakit biasanya memberi kesan kepada bahu dan lengan.
Jika anda mengalami rasa sakit yang semakin teruk dan gangguan pada fungsi pundi kencing dan usus, segeralah berjumpa dengan doktor. Bincang rawatan yang perlu diambil dan jangan biarkan ianya melarat. Jika tidak, anda mungkin akan alami komplikasi kronik seperti lumpuh dan pilihan yang ada hanyalah pembedahan kecemasan untuk kembali sembuh.
FAKTOR BERLAKUNYA SLIP DISC
Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah slipped disc, termasuklah :
1. Faktor mekanikal : kedudukan atau postur badan yang tidak betul semasa melakukan kerja-kerja berat, mengangkat barang-barang berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang mengakibatkan berlakunya tekanan berterusan pada struktur tulang belakang.
2. Faktor nutrien : kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti dan elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
3. Faktor trauma : pernah mengalami kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa pergerakan aktif atau sewaktu berkerja yang menyebabkan kecederaan otot atau patah tulang belakang.
4. Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin sudah mengalami kemerosotan fungsi disc sejak lahir kesan dari pembawaan dari genetik.
RAWATAN UNTUK SLIPPED DISC
Untuk masalah slipped disc, kaedah rawatan biasanya melibatkan pengambilan ubat, terapi dan yang terakhir pembedahan sekiranya masalah slipped disc menjadi semakin teruk. Tetapi saya pasti bahawa keadah pembedahan mungkin menjadi pilihan terakhir kerana tidak ramai yang berani mengambil risiko akibat luka pembedahan.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah kaedah rawatan slipped disc dengan memfokuskan pada pengambilan nutrisi. Seperti yang diketahui, faktor nutrisi antara faktor penyumbang kepada masalah slipped disc. Jadi, dengan membekalkan nutrien penting untuk kesihatan struktur tulang belakang, ia dapat membantu percepatkan proses penyembuhan secara semulajadi dan mengurangkan kesakitan dalaman.
Suplemen yang boleh membantu masalah slipped disc termasuklah :
Vivix - mengandungi resveratrol yang mempunyai kuasa antioksidan yang berupaya memperbaiki sel-sel yang rosak dan memeliharanya dari kerosakan. Vivix menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko slipped disc. Ramuan Vivix sangat bagus dalam membantu menyokong kesihatan sendi malah kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.
OmegaGuard - bersifat anti inflamasi yang boleh bantu melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan akibat slipped disc.
Ostematrix - mengandungi kalsium, Vitamin D dan magnesium yang sangat penting untuk sendi, otot dan ligamen yang sihat dan kuat.
Setiap penyakit pasti ada penawar, dan setiap masalah pasti ada penyelesaian. Tinggal diri kita mencari penawar dan penyelesaian di atas setiap ujian yang diberikan. Jika kita sungguh-sungguh ikhtiar inshaAllah akan memberi penyembuhan. Jika anda ingin berikhtiar dengan Set Slip Disc Shaklee untuk mengatasi sakit Slip Disc anda atau kenalan anda, anda boleh terus menghubungi saya untuk membuat pesanan dan dapatkan konsultasi penuh daripada saya.
COD | BUKIT BERUNTUNG | BUKIT SENTOSA | SUNGAI BUAYA | PERODUA SUNGAI CHOH | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
Sekiranya anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang Set Slip Disc Shaklee, anda boleh hubungi saya secara terus di sini. Klik sahaja di bawah untuk terus menghubungi saya melalui whatsapp.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
CT. LAILA
CT. LAILA
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
COD | BUKIT BERUNTUNG | BUKIT SENTOSA | SUNGAI BUAYA | PERODUA SUNGAI CHOH | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA
No comments:
Post a Comment