Sakitnya bengkak susu ni hanya Tuhan saja yang tau. Nak menyusukan anak pon rasa tak selesa baik bagi si ibu mahupon si anak. Si ibu sampai boleh demam nak tahan sakitnya bengkak susu. Bagi ibu muda yang pertama kali menyusukan bayi, mungkin mereka tiada pengalaman untuk mengatasi cara bengkak susu. Bengkak susu bukan sahaja boleh dialami oleh ibu yang sedang berpantang tetapi juga boleh dialami oleh ibu yang telahpon selesai tempoh berpantang. Bengkak susu ni kalau dibiarkan boleh menyebabkan bentan taw bagi ibu yang sedang berpantang! So jangan main-main ya.
Lebih parah lagi kalau si ibu terpaksa berpantang sendiri dan suami tidak faham betapa sakitnya keadaan apabila bengkak susu terjadi. Si anak pula terus-terusan mengangis inginkan susu si ibu. Aduhai kasihan sungguh pada si ibu😢
Lebih parah lagi kalau si ibu terpaksa berpantang sendiri dan suami tidak faham betapa sakitnya keadaan apabila bengkak susu terjadi. Si anak pula terus-terusan mengangis inginkan susu si ibu. Aduhai kasihan sungguh pada si ibu😢
Perbezaan antara payudara normal dan payudara bengkak susu |
Simptom Bengkak Susu
Bengakak susu atau mastitis ialah sejenis keradangan pada payudara apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara. Bila terjadinya mastitis, payudara akan berasa sangat sakit dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka. Kenali tanda-tanda atau simptom bengkak susu supaya tindakan awal dapat diambil.
- Rasa sakit, tegang, terdapat ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara.
- Rasa sakit menyucuk pada nipple (puting) ketika proses menyusukan bayi.
- Badan rasa ingin demam dan menggigil (mungkin bentan).
Keadaan bengkak susu tidak patut dianggap remeh kerana boleh menyebabkan masalah yang lebih serius sehingga memerlukan kaedah pembedahan. Ketika berpantang anak pertama, Laila juga pernah merasai pengalaman bengkak susu. Syukur alhamdulillah, Laila dapat berpantang dengan bantuan suami dan ibu Laila di sisi. Mereka banyak menolong Laila dalam mengatasi masalah bengkak susu. Jadi, dalam entry kali ni, Laila ingin berkongsi 7 cara untuk mengatasi bengkak susu yang mungkin boleh menjadi panduan semua.
7 CARA MENGATASI BENGKAK SUSU
1. Tuaman Panas
Bengkak susu akan menyebabkan payudara menjadi berbisa dan berat. Untuk melegakan sakit akibat begkak susu, cubalah guna tuaman panas di rumah. Anda boleh menggunakan tuala yang direndam dengan air suam, pek air panas atau mandian air panas di pancuran (shower). Dengan cara ini, inshaAllah pengeluaran susu pada saluran-saluran yang tersumbat menjadi lebih lancar.
2. Urutan Payudara
Melakukan urutan payudara dapat membantu mengurangkan bengkak susu. Anda boleh melakukan urutan dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Selain itu anda boleh menggunakan sikat untuk melancarkan pengaliran susu. Lakukannya di sekeliling payudara terutama ketika anda sedang mengepam atau menyusukan bayi.
3. Gunakan Pam
Anda boleh melegakan sakit payudara dengan mengepam sekali sekala untuk mengeluarkan lebihan susu. Perlu dipastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten dan tidak keterlaluan kerana ia boleh mendorong kepada penghasilan susu yang lebih banyak. Anda juga boleh mengepam sebelah payudara ketika anak sedang menyusu.
4. Menyusukan Bayi Dengan Kerap
Jangan lupa untuk meyusukan bayi dengan kerap walaupon anda sedang mengalami bengkak susu. Pada waktu ini, anda mungkin akan berasa sukar untuk menyusukan bayi kerana puting terlalu tegang atau tenggelam dan bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang laju akibat bengkak susu.
Anda juga boleh mencuba teknik memerah susu dengan menggunakan tangan. Dengan ini bayi akan lebih mudah menyusu seperti biasa. Jangan lupa gilirkan payudara dan pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam.
5. Gunakan Bra Yang Sesuai
Bengkak susu akan menyebabkan payudara nada berasa penuh, terasa berat dan boleh menyebabkan ibu berasa lenguh, letih dan sakit. Penggunaan bra yang sesuai amat penting bagi memastikan payudara anda dapat disokong sepenuhnyaoleh struktur bra menyusu yang baik.
6. Berurut Dengan Yang Pakar
Adakalanya anda perlukan bidan yang pakar dan tahu tentang titik bengkak susu ini. Pengalaman Laila sendiri ketika mengalami bengkak susu, ibu Laila telah memanggil bidan kampung yang sememangnya diketahui pakar untuk mengurut wanita yang sedang berpantang. Ketika sesi mengurut memang terasa sangat sakit dan anda harus tahan kesakitan itu. InshaAllah selepas selesai diurut anda akan berasa lega dan tiada masalah bengkak susu lagi.
Perlu diingatkan untuk mencari bidan yang bertauliah dalam mengurut wanita berpantang dan bukan yang sebarangan, dikhuatiri akan timbul sakit yang lain pula.
7. Set Bengkak Susu Shaklee
Di samping mendapatkan khidmat bidan mengurut, saya turut mengamalkan 2 vitamin ini yang ternyata memberi kelegaan pada sakit bengkak susu yang saya alami. Vitamin tersebut adalah Lechitin dan Omega Guard Shaklee.
- Lechitin - Membantu memecahkan lemak susu kepada titisan yang lebih kecil dalam badan ibu.
- Omega Guard - Mengurangkan bengkak susu dengan meredakan inflamasi / ketegangan otot di sekitar payudara seterusnya menghalang duktus susu daripada tersumbat.
Semoga perkongsian Laila di atas dapat membantu ibu-ibu di luar untuk mengatasi masalah bengkak susu dan dapat menyusukan bayi anda dengan perasaan gembira. Sekiranya anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang vitamin bengkak susu, anda boleh hubungi Laila secara terus di sini. Klik sahaja di bawah untuk terus menghubungi saya melalui whatsapp.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
CT. LAILA
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
COD | BUKIT BERUNTUNG | BUKIT SENTOSA | SUNGAI BUAYA | PERODUA SUNGAI CHOH | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA
No comments:
Post a Comment