Pages

12 Sept 2018

5 Petua Mudah Hilangkan Kulit Muka Berminyak



Selain daripada masalah kulit muka berjerawat, masalah kulit berminyak juga adalah musuh utama kaum wanita yang mementingkan kecentikan. Masalah kulit berminyak ni boleh menyebabkan kulit muka menjadi tidak selesa terutama dengan cuaca di Malaysia yang panas terik sekarang ini. Untuk pengetahuan, kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering. Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka telebih berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka yang lain sehingga boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan pada diri.

Masalah kulit muka berminyak ni bukan sahaja boleh terjadi kepada kaum wanita tetapi juga boleh terjadi kepada lelaki. Ingin tahu petua mudah untuk hilangkan kulit muka berminyak, jom baca perkongsian yang ingin Laila kongsikan di bawah.

Petua Mudah Hilangkan Kulit Muka Berminyak



1. Lemon
Campurkan sesudu lemon dengan sedikit madu dan susu. Sapukan campuran ini pada kulit muka dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas. Untuk mendapat hasil yagng terbaik, boleh lakukan sekali sehari.


2. Yogurt
Ambil sesudu yogurt dan ratakan ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit dan kemudian bilas. Tujuannya adalah untuk membantu untuk menyerap lebihan minyak pada muka dan menanggalkan sel kulit mati.


3. Tomato
Kisarkan sebiji buah tomato sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit madu. Sapukan rata pada muka dan biarkan selama 15 minit. Apabila telah selesai, bilas muka dengan air suam sehingga bersih.


4. Timun
Timun juga boleh dijadikan masker muka. Kisar timun segar sehingga hancur lalu tepekkan pada kawasan muka. Biarkan selama 30 minit dan selepas itu boleh bilas dengan air bersih. Boleh 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik.

5. Garam
Masukkan garam ke dalam bekas berisi air suam. Kacau sehingga sebati kemudian cuci kulit muka bersama air garam tersebut. Lakukan sehari sekali. Cara ini juga mampu untuk menghilangkan minyak pada kulit muka, inshaAllah.

Selamat mencuba okay 😄


Sekiranya anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang vitamin Shaklee yang saya amalkan, anda boleh hubungi saya secara terus di sini. Klik sahaja di bawah untuk terus menghubungi saya melalui whatsapp.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
 CT. LAILA
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289

COD | BUKIT BERUNTUNG | BUKIT SENTOSA | 
 SUNGAI BUAYA | PERODUA SUNGAI CHOH | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Rawang © . Designed by MaisarahSidi.com