Pengalaman setiap ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pasti berbeza. Ada yang sakit hanya beberapa minit sahaja tetapi ada jugak yang terpaksa menahan kesakit selama beberapa hari. Ada yang bernasib baik dapat melahirkan anak secara normal tetapi ada juga yang diuji melahirkan anak secara pembedahan (ceaser). Walau apapon ujian yang dihadapi di saat ingin melahirkan, ia adalah sebuah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh setiap manusa bergelar mak/ibu/mama/bonda/ummi.
Pengalaman saya sendiri dapat merasa melahirkan anak pertama secara normal tetapi anak kedua secara ceaser. Hari ini saya hendak berkongsi pengalaman saya sendiri bersalin anak kedua secara ceaser. Saya melahirkan anak saya (Amsyar) secara pembedahan disebabkan air ketuban yang telah pecah lebih daripada 24jam dan ketika itu bukaan rahim hanyalah 3cm. Setelah berbincang dengan doktor pakar, suami dan keluarga, akhirnya saya menyerah diri untuk dibedah (terpaksa dalam rela huhuhu).
Pengalaman melahirkan anak secara normal dan ceaser mungkin tidak banyak beza tetapi penjagaan rapi pada bahagian luka amatlah dititikberatkan supaya tidak terkena infection. Lebih-lebih lagi luka secara ceaser amat mudah terbuka dan dijangkiti kuman. Bagi sesiapa yang bersalin ceaser, seminggu selepas pembedahan mungkin waktu yang memeritkan disebabkan kami terbatas untuk batuk, gelak mahupon mengangkat barang yang berat. Ada juga ibu yang bersalin ceaser tidak mampu untuk menguruskan diri dan bayi yang dilahirkan seperti mandi dan buang air sendiri dan terpaksa memerlukan pertolongan keluarga terdekat.
Selama 4 hari saya berada di hospital, saya memang lemah dan tidak mampu untuk menguruskan diri dan anak dengan sempurna sejurus selepas pembedahan. Apabila dibenarkan pulang ke rumah, saya berfikir sampai bila saya ingin menyusahkan suami yang ingin bekerja dan ibu bapa yang telah berusia. Saya juga perlu menjaga anak sulung saya berusia 2tahun yang pada ketika itu sedang lasak. Saya bernasib baik kerana telah pon membuat persediaan membeli Set Berpantang Shaklee sebelum saya melahirkan anak kedua. Saya terus menghubungi upline Shaklee saya dan bertanyakan cara makan yang betul bagi setiap produk. Saya paling suka minum Vivix kerana kesannya yang cepat dan membuatkan saya kekal bertenaga.
Vivix ialah minuman tonik ajaib yang mempunyai kelebihan mampu membaikpulih sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix mengandungi resveratrol dan terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Saya masih ingat lagi selepas saya pulang ke rumah, saya terus minum 1 sudu Vivix dan alhamdulillah saya mendapat kesan yang positif. Saya seakan mempunyai tenaga yang luar biasa dan perut saya juga kurang sakit tidak seperti di hospital.
Keistimewaan Vivix Shaklee
Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
Alhamdulillah selepas seminggu konsisten mengamalkan Vivix saya dapat berjalan, ketawa dan batuk seperti biasa. Saya juga dapat menguruskan hal anak-anak dan rumah seperti biasa. Syukur alhamdulillah saya dipertemukan dnegan Vivix Shaklee. Sekiranya anda berminat dengan Vivix dan Set Berpantang Shaklee anda boleh menghubungi saya dengan segera. Saya akan memberikan konsultasi dan cara makan yang terbaik sesuai dengan kesihatan semasa anda.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO: 1242907
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289
FB: CT LAILA
FB PAGE: PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
COD | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA
No comments:
Post a Comment