Pages

16 Aug 2018

10 Tips Terbaik Banyakkan Susu Badan


Kebelakangan ini saya kerap ditanyakan oleh rakan-rakan sekerja terutama ibu-ibu muda bagaimana saya menguruskan penyusuan anak-anak saya. Lebih-lebih lagi hal ini sering bermain di fikiran ibu yang bakal melahirkan bayi pertama dan melalui sesi berpantang tanpa mengetahui adakah susu badan mereka cukup atau tidak untuk si anak. Sebagai seorang ibu, sudah pasti kita mahu melihat anak kita membesar dengan sihat dan mendapat susu yang berzat dan cukup untuk keperluan dirinya. Hari ini saya ingin kongsikan 10 tips terbaik untuk banyakkan susu badan ibu agar dapat memberi manfaat kepada semua.

10 TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN

1. Susukan Bayi Secara Eksklusif
  • Susukan bayi anda awal dan kerap. Susukan bayi anda seawal mungkin pada awal kelahiran sekurang-kurangnya 10 kali dalam masa 24jam untuk mendapatkan semula berat kelahirannya.  Peyusuan yang kerap pada hari-hari awal kelahiran juga membantu prolaktin terbentuk pada sel payudara dan secara tak langsung akan merangsang pengeluaran susu badan ibu. Elakkan penggunan puting kosong atau susu lain pada awal kelahitan agar bayi tidak keliru.

2. Perah Susu Sambil Menyusukan Anak
  • Menyusukan anak sambil memerah susu (tandem nursing) dapat membantu pengeluaran susu ibu disebabkan oleh tindakan refleks ejeksi susu kerana kedua-dua payudara bekerja dengan serentak.

3. Perah Selepas Menyusukan Anak
  • Aktiviti memerah susu selepas penyusuan dapat memberi isyarat kepada badan ibu untk menghasilkan lebih banyak susu. Ini juga penting untuk memastikan payudara dapat dikosongkan dengan sempurna selepas sesi penyusuan. Pam 10-15 minit untuk setiap payudara untuk merangsang pengeluaran susu badan ibu.

4. Kerapkan Penyusuan Atau Pam Pada Waktu Malam
  • Pada waktu malam ialah waktu yang baik untuk aktiviti penyusuan atau pam/perah susu kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah tinggi.  Kerapan penyusuan untuk merangsang susu badan bertambah jadi banyak.

5. Melakukan Power Pumping Untuk Merangsang Demand


Nota: Penggunaan double pump kebiasaannya dapat meningkatkan rangsangan kerana payudara akan dirangsang serentak dan memudahkan pengeluaran susu ibu. Penggunaan pam elektrik mungkin lebih baik kerana direka khas untuk meniru cara penyusuan dan hisapan bayi.


6. Pastikan Payudara Dikosongkan Selepas Penyusuan
  • Payudara yang kosng memberikan isyarat demand bahawa susu perlu ditambah daripada biasa. Lakukan urutan atau tuaman suam pada payudara dapat melancarkan pengeluaran susu. Banyakkan minum air kosong sebelum dan selepas penyusuan.

7. Pastikan Cara Peyusuan Bayi aadalah Betul
  • Perhatikan cara penyusuan bayi sama ada dari segi lekapan puting atau posisi badan yang betul supaya mudah untuknya mendapatkan susu. Ia juga dapat mengelakkan berlakunya masalah puting luka atau bayi kurang berat badan akibat posisi lekapan puting yang tidak betul.

8. Pastikan ibu makan makan yang seimbang dan mendapat rehat yang cukup
  • Emosi ibu sangat penting dalam menjayakan penyusuan bayi. Ibu dinasihatkan agar mendapatkan nutrisi pemakanan yang cukup dan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk mengelakkan daripada tekanan (stress). Ibu yang gembira dan tenang semasa penyusuan secara tak langsung boleh menambahkan lagi pengeluaran susu badan.

9. Jika Anda Ibu Bekerjaya, Jaga Sesi Pemerahan Anda
  • Bagi ibu yang berkerja, dinasihatkan untuk pam sejurus sebelum anda pergi kerja. Amalkan rutin untuk pam 2-3 kali di tempat kerja (jarak maksimum 4jam). Apabila anda pulang ke rumah atau setiap hujung minggu, pastikan anda menyusukan bayi anda seperti biasa.

10. Ambil Supplemen Tambahan
  • Disarankan untuk mengambil supplemen tambahan untuk membantu pengeluaran susu badan dan memekatkan susu badan. Paling penting, supplemen yang dipilih haruslah dapat meningkatkan nutrisi pemakanan ibu agar dapat menambahkan susu badan. Di sini, saya ingin mencadangkan anda untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee untuk menjayakan penyusuan bayi anda sehingga beliau berumur 2 tahun. Semoga berjaya!
                     Set Menyusu Shaklee


Sekiranya anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang Set Menyusu Shaklee, anda boleh hubungi saya secara terus di sini. Klik sahaja di bawah untuk terus menghubungi saya melalui whatsapp.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
 CT. LAILA
CALL | SMS | WHATSAPP: 013-6923289

COD | BUKIT BERUNTUNG | BUKIT SENTOSA | 
 SUNGAI BUAYA | PERODUA SUNGAI CHOH | RAWANG | SHAH ALAM | TG MALIM
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DAN SEBAGAINYA

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Rawang © . Designed by MaisarahSidi.com